Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Dikatakan pada zaman dahulu seorang Sultan telah berhenti rehat pada sebatang pokok dan tertarik hati melihat buah dari pokok terbabit dan Baginda bertanya kepada para pembesar tentang nama buah pokok tersebut. Para pembesar memberitahu ianya adalah Buah Belimbing. Oleh kerana tersebut Baginda telah menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Belimbing.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM KEUSAHAWANAN BINA KEDAI ONLINE SHOPEE DAN E-REZEKI

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka di platform beli-belah Shopee ...baca selanjutnya

PROGRAM KDB FUN & LEARNING

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada belia dan komuniti setempat mengenai keselamatan internet dan penggunaan internet secara berhemah dengan pendekatan belajar sambil bermain...baca selanjutnya

TREASURE HUNT DAN KDB TALK PROGRAM JEJAK SEJARAH

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet Tanah Merah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari sejarah Malaysia sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SULAMAN REBEN BERSAMA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

Aktiviti Terkini | 01 September 2018

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet dan IKBN Tanah Merah bagi memberi peluang kepada para pelajar dan usahawan untuk menceburi bidang perniagaan tudung manik dan DIY bantal....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Program ini diadakan untuk staff pi di sekitar Tanah Merah beramah mesra pada majlis tersebut selain dapat beramah mesra dengan penduduk di sekitar PI Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM IMPAK KOMUNITI IKBN-JAHITAN BANTAL KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program jahitan bantal ini merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan kanak-kanak dalam memberi pendedahan awal kepada mereka tentang membuat bantal sendiri....baca selanjutnya

BEAUTY EVENT BY MARY KAY

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak PI1M untuk mengajak para pengunjung khususnya golongan wanita untuk datang ke PI1M. Selain itu program ini adalah bertujuan untuk mengajak wanita supya berkecimpung dalam bidang kecantikan dan menjadi usahawan serta mampu menambah pendapatan bulanan mereka....baca selanjutnya

CHEF CILIK TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG BELIMBING

Aktiviti Terkini | 20 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat.....baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN OLEH MUA DIANA

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Bengkel Kecantikan ini merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan remaja dan wanita. Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pengunjung khususnya golongan wanita untuk datang ke PI1M...baca selanjutnya

KELAS KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2018

Program 'Grooming Class' merupakan satu aktiviti khusus untuk golongan remaja dan wanita. Selain itu program ini adalah bertujuan untuk mengajak wanita supya berkecimoung dalma bidang kecantikan dan menjadi usahawan serta mampu menambah pendapatan bulanan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL JUALAN MURAH

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Program Advokasi Di Karnival Jualan Murah merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pengunjung untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN PROJEK AGRICULTURE FLAGSHIP

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (AgH) – Fasa 1 Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ini lebih kepada satu pengenalan kepada projek baharu pihak MARDI Malaysia dengan kerjasama KADA, RISDA dan lain lain agensi sector pertanian dan perikanan Malaysia yang dikenali sebagai Projek Agriculture Flagship (AGH) Fasa 1. Pihak Digi iaitu Encik Roslan turut mengambil bahagian pada akhir sesi bagi menerangkan tentang simkad Digi edisi khas bagi para pekerja yang terlibat dengan pembangunan projek ini, yang mana simkad ini turut akan dibekalkan kepada pertai dan usahawan sektor pertanian dan perikanan di Malaysia...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti